LONDON: Bank of England (BoE) dijangka menaikkan kadar faedah utamanya dengan jumlah terbesar sejak 1989 dalam usaha meredakan kadar inflasi di Britain yang semakin meningkat.
BoE dijangka menaikkan kos pinjaman kepada 3 peratus menurut konsensus pasaran yang akan menjadi paras tertinggi sejak krisis kewangan global pada 2008.
Langkah itu mencerminkan usaha mengetatkan kadar yang agresif oleh bank pusat di seluruh dunia ketika ekonomi bersaing dengan harga tertinggi dalam beberapa dekad.
Ekoran keputusan itu, pasaran saham London dibuka rendah mendadak.
Kadar faedah tersebut dijangka memburukkan krisis kos sara hidup bagi berjuta-juta rakyat Britain apabila kenaikan oleh bank pusat menyaksikan pemberi pinjaman runcit menaikkan kadar faedah ke atas pinjaman mereka sendiri.-AFP