AS tawar ganjaran 5 juta dolar bantu beri maklumat kesan warga Singapura - Utusan Malaysia

AS tawar ganjaran 5 juta dolar bantu beri maklumat kesan warga Singapura

KWEK KEE SENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta (RM24 juta) bagi mendapatkan maklumat mengenai seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Singapura yang dituduh membantu penghantaran bahan api ke Korea Utara.

Lapor Channel News Asia, lelaki berkenaan, Kwek Kee Seng, yang memiliki syarikat perkapalan Swanseas Port Services di Singapura, didakwa tahun lepas kerana melanggar sekatan ke atas Korea Utara dan mengatur penghantaran minyak ke atas kapal tangki yang dirampas tahun lalu.

Pendakwa raya AS mendakwa lelaki berkenaan turut menggunakan  dokumen palsu untuk menyembunyikan skim itu.

Ganjaran itersebut ditawarkan ketika AS menggesa penguatkuasaan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara selepas negara itu melancarkan peluru berpandu, termasuk yang mendarat berhampiran perairan Korea Selatan.

Menurut pendakwa raya, kerajaan AS merampas sebuah kapal tangki yang digunakan untuk penghantaran bahan api, M/T Courageous seberat 2,734 tan. 

Satu pertukaran yang dirakam melalui imej satelit menunjukkan kapal itu memindahkan minyak bernilai lebih AS$1.5 juta (RM7.1 juta) ke sebuah kapal dengan bendera Korea Utara.

Kwek, 62, masih bebas walaupun waran dikeluarkan untuk penahanannya.

Program Ganjaran untuk Keadilan Jabatan Negara berkata, lokasi sebenar Kwek tidak diketahui dan lelaki itu dikenal pasti pernah berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan, Thailand, Cameroon, Saint Kitts dan Nevis.

Kelmarin, Korea Utara melepaskan sekurang-kurangnya enam peluru berpandu ke laut, termasuk peluru berpandu balistik antara benua yang mencetuskan amaran pemindahan dan menghentikan kereta api di utara Jepun.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.