SOLO: Meskipun yang bakal berkahwin adalah adiknya sendiri, Gabenor Kota Solo, Gibran Rakabuming Raka tetap akan meminta Kaesang Pangarep membayar sewa tempat fotografi praperkahwinannya.
Terdahulu, Kaesang dan bakal isterinya, Erina Gudono melakukan sesi fotografi praperkahwinan di Stadium Manahan, Solo, Jawa tengah.
Stadium itu terletak di bawah kelolaan kerajaan tempatan Solo.
Sehubungan itu, Gibran menetapkan Kaesang masih perlu membayar sewa untuk menggunakan stadium tersebut sebagai lokasi penggambaran praperkahwinannya.
Gibran memberitahu, beliau akan mengarahkan Jabatan Belia dan Sukan Solo untuk mengenakan bayaran sewa kepada Kaesang.
“Biarpun Kaesang itu adik saya, namun itu tidak menjadikan dia istimewa sehingga tidak perlu membayar sewa lokasi fotografi.
“Seperti orang lain, mereka juga perlu melalui prosedur yang sama,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Kaesang dan Erina dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 10 Disember ini di Yogyakarta.