Aceh terus jadi pilihan pendaratan pelarian Rohingya - Utusan Malaysia

Aceh terus jadi pilihan pendaratan pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Lebih 100 pelarian etnik Rohingya yang menaiki bot kayu mendarat di pantai wilayah paling utara Indonesia di Aceh, iaitu kumpulan kedua yang tiba di wilayah ini dalam tempoh beberapa hari lalu.

Ketua sub daerah Dewantara, Nawafil Mahyudha, berkata kumpulan berkenaan terdiri daripada 61 orang lelaki, 36 wanita dan 22 kanak-kanak mendarat pagi tadi di kampung Bluka Teubai, daerah Aceh Utara serta mereka dibawa ke balai nelayan dan akan tinggal di sana sementara menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan.

Sekumpulan 110 orang pelarian Rohingya yang dalam keadaan lemah dan kelaparan turut mendarat di daerah Aceh Utara semalam selepas menaiki bot selama lebih sebulan.

Mereka menyasarkan Malaysia selepas meninggalkan Myanmar tetapi terkandas di perairan Aceh.

Pada Mac, 114 orang pelarian Rohingya turut ditemukan di sebuah pantai di daerah berdekatan, dekat Bireuen.

Beratus-ratus ribu etnik Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar yang majoritinya diduduki penganut agama Buddha ke kem pelarian di Bangladesh sejak Ogos 2017, apabila tentera Myanmar melancarkan operasi sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan pemberontak.

Pasukan keselamatan Myanmar dituduh melakukan jenayah rogol besar-besaran, pembunuhan dan pembakaran membabitkan beribu-ribu rumah Rohingya.

Kumpulan Rohingya berulang kali cuba meninggalkan kem di Bangladesh melalui laut untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara majoriti Islam lain di rantau ini. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya