‘Raja kasanova Indonesia’ kahwin 88 kali - Utusan Malaysia

‘Raja kasanova Indonesia’ kahwin 88 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang petani berusia 61 tahun dari Indonesia digelar ‘Raja Kasanova’ selepas mendedahkan rancangan untuk berkahwin buat kali ke-88.

Lapor portal Oddity Central, pesawah dari Jawa Barat dikenali sebagai Kaan, mendakwa sudah berkahwin sebanyak 87 kali sepanjang hayatnya dan sedang membuat persiapan untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.

“Walaupun sudah lama berpisah, namun cinta antara kami masih kuat,” kata Kaan sambil menambah bahawa perkahwinan mereka sebelum ini hanya bertahan selama 4 bulan.

Kaan kini tular di media sosial Indonesia selepas video kisahnya tersiar di laman Youtube dan menarik perhatian beberapa saluran berita yang turut menjejaki lelaki itu di rumahnya di Kampung Cipeundeuy.

Menceritakan kisahnya, Kaan berkata, dia pertama kali berkahwin pada usia 14 tahun dengan seorang gadis dua tahun lebih tua daripadanya tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun.

Keretakan rumah tangga yang dialami itu tidak menghalangnya untuk mencari isteri baru dan terus mengahwini setiap wanita yang disukainya. 

“Saya tidak mahu mempermainkan perasaan wanita dan menghormati mereka. Daripada melakukan maksiat, lebih baik saya berkahwin walaupun hubungan kadang kala tidak bertahan lama,” katanya.

Walaupun berkahwin sebanyak 87 kali, tetapi hubungan tersebut hanya melibatkan 46 wanita kerana sebahagian daripada mereka berkahwin semula dengan Kaan sehingga tiga atau empat kali. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya