400 pembesar suara dipasang galak penduduk solat berjemaah di Kabul - Utusan Malaysia

400 pembesar suara dipasang galak penduduk solat berjemaah di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Beratus-ratus pembesar suara dipasang di Kabul bagi menggalakkan orang ramai menunaikan solat.

Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat  di bawah Taliban menyatakan, ratusan kedai kosong dan bangunan lain yang tidak digunakan juga sudah diubah suai menjadi masjid bagi memberi peluang kepada semua orang untuk solat berjemaah.

“Semasa pemerintahan sebelum ini, beberapa pembesar suara ditanggalkan dan orang ramai tidak dapat mendengar azan.

“Sebanyak 400 pembesar suara sudah dipasang di pelbagai bahagian di Kabul supaya orang ramai dapat mendengar azan pada masa yang sama,” menurut kementerian itu.

Sejak kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu, Taliban secara beransur-ansur memperkenalkan peraturan yang didakwa mengikut undang-undang syariah Islam.

Wanita antara sebahagian besar golongan yang terhimpit daripada kehidupan awam, dengan kebanyakan pekerja kerajaan wanita kehilangan pekerjaan atau dibayar sedikit untuk tinggal di rumah.

Selain itu, mereka mesti menutup aurat dengan burqa atau tudung apabila keluar dari rumah, dilarang melakukan perjalanan tanpa saudara lelaki dan dilarang melawat taman, gim atau tempat mandi awam.

Malah, sekolah untuk remaja perempuan juga ditutup di seluruh negara.

Awal bulan ini, pemimpin tertinggi, Hibatullah Akhundzada mengarahkan hakim untuk menguatkuasakan sepenuhnya aspek undang-undang Islam termasuk hukuman mati awam, rejam dan sebatan serta pemotongan anggota badan bagi pencuri.

Media tempatan juga melaporkan kementerian mengarahkan kedai-kedai di bahagian tertentu di ibu negara ditutup untuk solat Jumaat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya