fbpx

37 maut dalam nahas tiga bas di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 37 orang maut apabila tiga bas bertembung di luar bandar Maiduguri di timur laut Nigeria.

Ketua agensi keselamatan jalan raya bagi negeri Borno, Utten Boyi berkata, nahas itu berlaku apabila dua bas komersial bertembung secara langsung dan terbakar sebelum bas ketiga merempuh kenderaan tersebut.

“Setakat ini, 37 orang disahkan meninggal dunia dan kebanyakan mangsa rentung sehingga identiti mereka tidak dapat dikenal pasti,” kata Boyi.

Insiden itu berlaku berhampiran perkampungan Jakana, kira-kira 35 kilometer (km) di luar Maiduguri, ibu negeri Borno.

Menurut Boyi, kejadian itu berlaku apabila tayar sebuah bas pecah dan berlanggar kenderaan dari arah bertentangan.

Boyi juga memaklumkan punca nahas itu disebabkan bas dipandu laju melebihi had pemanduan.

Selasa lalu, seramai 17 maut dan empat cedera apabila bas dinaiki mereka merempuh sebuah trak berhampiran ibu negara Nigeria, Abuja.

Lapor media tempatan dengan memetik pegawai keselamatan jalan raya berkata, mangsa dalam perjalanan dari timur laut negeri Gombe. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received