3 maut, 28 cedera letupan bom berani mati di barat Pakistan - Utusan Malaysia

3 maut, 28 cedera letupan bom berani mati di barat Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUETTA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas seorang pengebom berani mati bertindak menyerang sebuah kenderaan polis di barat Pakistan.

Menurut pegawai polis, Azhar Mehesar, serangan itu menyasarkan sepasukan anggota polis yang bersiap sedia untuk mengiringi petugas vaksin polio di bandar Quetta.

Kata Azhar, anggota polis, wanita dan kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam serangan itu.

Pakistan Taliban atau dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) merupakan gerakan berasingan yang berkongsi akar yang sama dengan kumpulan Taliban di Afghanistan.

Isnin lalu, kumpulan itu mengumumkan penamatan gencatan senjata dengan Islamabad dan mengarahkan serangan diteruskan di seluruh negara.

Sementara itu, TTP dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan bom berani mati tersebut. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya