Wanita ditahan acu pistol pada polis di hadapan kediaman rasmi Presiden Indonesia - Utusan Malaysia

Wanita ditahan acu pistol pada polis di hadapan kediaman rasmi Presiden Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang wanita yang membawa pistol dan mengacukan senjata api itu ke arah pasukan keselamatan di luar Istana Merdeka yang merupakan satu daripada kediaman rasmi Presiden Joko Widodo (Jokowi)

Insiden itu berlaku pada pukul 7 pagi waktu tempatan, menurut jurucakap pihak berkuasa, Ali Mochtar Ngabalin.

Jelas Ali, wanita itu tidak memasuki kawasan istana dan Jokowi juga tiada di premis berkenaan ketika kejadian berlaku.

Beberapa sumber mamklumkan, kejadian itu berlaku ketika pasukan polis melakukan rutin kawalan keselamatan di sekitar kawasan istana tersebut.

Kemudian, seorang wanita menghampiri premis berkenaan dan pasukan keselamatan yang berkawal sambil membawa beg tangan berwarna hitam.

Secara tiba-tiba, wanita itu mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah pasukan keselamatan.

Tindakan pantas anggota polis berjaya menghalang wanita itu daripada melepaskan tembakan dan kini, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN