Vladimir Putin iktiraf wilayah baharu Russia

Vladimir Putin iktiraf wilayah baharu Russia

SEPANDUK rasmi tertera 'Donetsk, Lugansk, Zaporizhzhia, Kherson- Russia!' yang dipasang di depan bangunan State Historical Museum di Red Square, Moscow.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Selepas hampir lapan bulan operasi khas ketenteraan di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin akhirnya mengiktiraf kemerdekaan wilayah Zaporizhzhia dan Kherson berdasarkan dekri Presiden yang dikeluarkan Khamis lalu.

Usaha yang menuntut pengorbanan besar sejak 24 Februari lalu, akhirnya termeterai selepas Moscow menggabungkan empat wilayah yang diduduki di Ukraine dalam satu majlis besar di Kremlin, semalam.

“Saya iktiraf kedaulatan negara dan kemerdekaan di wilayah Zaporizhzhia dan Kherson di selatan Ukraine,” katanya.

Jurucakap Presiden, Kremlin Dmitry Peskov berkata, pengiktirafan itu dirasmikan oleh Putin yang turut menyampaikan ucapan penghargaan.

Sebelum ini, Putin mengancam untuk menggunakan senjata nuklear bagi mempertahankan wilayah tersebut.

Ancaman itu bagaimanapun tidak menghalang serangan balas Ukraine yang makin meluas.

Pemimpin empat wilayah yang dilantik Kremlin difahamkan sudah berkumpul di ibu negara Russia bagi menghadiri acara rasmi itu.

Upacara itu diadakan selepas penduduk di empat wilayah di selatan Ukraine dikatakan sebulat suara menyokong menjadi sebahagian dari Russia melalui sesi undian yang dijalankan.

AS SAKIT HATI

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan AS tidak akan sesekali mengiktiraf tuntutan Russia terhadap wilayah kedaulatan Ukraine.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut menolak rancangan merampas wilayah tersebut.

Beliau mengutuk langkah itu sebagai ‘penjajahan berbahaya’ yang tiada ‘ruang dalam dunia moden’ sekarang.

“Tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima,” tegasnya.

GAS BOCOR

Dalam perkembangan lain, Putin berkata, insiden kebocoran gas keempat yang dikesan di saluran paip bawah laut yang beroperasi dari Russia ke Eropah didalangi oleh ‘pengganas’.

Insiden terbaharu itu berlaku selepas beberapa letupan berlaku pada minggu ini melibatkan saluran paip Nord Stream yang didakwa berpunca daripada perbuatan khianat.

Kesatuan Eropah (EU) turut menjalankan saisatan bagi mengenal pasti punca kebocoran saluran paip Nord Stream 1 dan 2 di Gazprom.

EU turut mendedahkan suspek yang melakukan sabotaj adalah individu sama di sebalik kerosakan saluran paip di Denmark dan Sweden.

Empat hari selepas kebocoran pertama dikesan, suspek utama yang melakukan serangan di premis bernilai bilion dolar itu belum dikenal pasti.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, serangan keganasan tersebut sudah pasti didalangi oleh negara tertentu.

“Sukar membayangkan tindakan keganasan itu berlaku tanpa penglibatan dari sebuah negara,” katanya.

Menurut beliau, AS mendapat manfaat semasa perang mulut dengan Barat berhubung siapakah yang perlu bertanggungjawab.

Sebelum ini, Moscow juga menjelaskan insiden kebocoran gas di wilayah yang ‘dikawal sepenuhnya’ oleh agensi perisikan AS.

Mengulas laporan CNN sebelum ini, Peskov berkata, terdapat kehadiran sejumlah besar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di kawasan itu.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova berkata, Washington akan dapat meningkatkan jualan gas asli cecair (LNG) jika saluran paip itu tidak digunakan.

Saluran berita CNN yang memetik tiga sumber pula melaporkan pegawai keselamatan Eropah melihat kehadiran kapal sokongan tentera laut Russia dan kapal selam yang tidak jauh dari lokasi kebocoran.-AP/Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya