Singapura haramkan filem tentang agama dan LGBTQ - Utusan Malaysia

Singapura haramkan filem tentang agama dan LGBTQ

PETIKAN skrin sedutan filem #LookAtMe arahan Ken Kwek. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini mengharamkan sebuah filem tempatan mengenai isu agama dan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang ditayangkan di New York pada tahun ini.

Menurut pihak berkuasa Singapura, pengharaman filem itu dikenakan kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ‘perpecahan sosial’.

Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) menerusi kenyataan memaklumkan filem #LookAtMe yang dibikin oleh Ken Kwek didapati `melanggar garis panduan klasifikasi filem’ dan tidak boleh ditayangkan di negara ini.

Filem itu ditayangkan pada Julai lalu di Festival Filem Asia New York yang mana dipertandingkan dalam kategori Filem Feature Terbaik dan memenangi anugerah Juri Khas untuk persembahan terbaik.

Kenyataan IMDA yang dikeluarkan bersama kementerian kebudayaan dan Dalam Negeri Singapura memaklumkan filem itu `memburukkan masyarakat beragama dan berpotensi mencetuskan permusuhan serta perpecahan sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di republik ini.

Filem itu mengisahkan tentang watak utama yang tersinggung dengan pendirian paderi lelaki mengenai homoseksual dan menyiarkan komen provokatif di media sosial, yang menjadi tular.

Ketegangan tercetus dengan protagonis ‘merancang serangan balas dendam’ terhadap paderi terbabit, yang juga digambarkan melakukan perbuatan dilarang oleh agamanya.

Sementara itu, pasukan di sebalik tabir filem itu memaklumkan pihaknya amat kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.