Salman Rushdie buta sebelah mata, tangan cacat

Salman Rushdie buta sebelah mata, tangan cacat

SALMAN RUSHDIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penulis kontroversi, Salman Rushdie dilaporkan buta sebelah mata dan hilang upaya menggunakan sebelah tangannya susulan insiden tikaman di Institut Chautauqua, barat New York pada Ogos lalu.

Menurut ejennya, Andrew Wylie, kecederaan yang dialami Salman amat parah, dengan 15 luka di bahagian dadanya.

Salman berdepan dengan pelbagai ugutan bunuh dan serangan sejak 1988 selepas menghasilkan buku berjudul The Satanic Verses yang mengandungi petikan menghina agama Islam.

Wylie menjelaskan, beliau tidak boleh mendedahkan lokasi terkini Salman demi keselamatannya.

“Salman buta sebelah mata, kecederaan parah di bahagian leher dan sebelah tangannya juga tidak lagi berfungsi seperti biasa.

“Saya juga tidak boleh dedahkan sama ada Salman masih dirawat di hospital atau tidak demi keselamatannya,” katanya ketika ditemu bual akhbar Spanyol, El Pais.

Serangan itu menyaksikan seorang lelaki yang dikenali sebagai Hadi Matar, 24, dari New Jersey didakwa melakukan cubaan bunuh, namun dia tidak mengakui perbuatan tersebut.

Salman yang dilahirkan di Mumbai sebelum berhijrah ke United Kingdom (UK) terpaksa ‘bersembunyi’ selama 10 tahun selepas The Satanic Verses diterbitkan.

Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia menyifatkan karya tersebut menghina Nabi Muhammad SAW.

Dia turut menerima ancaman sejak akhir 1980-an apabila Pemimpin Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadapnya susulan penerbitan bukunya berunsur menghina agama Islam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN