Rumah mewah ketua sindiket judi dalam talian disita - Utusan Malaysia

Rumah mewah ketua sindiket judi dalam talian disita

RUMAH mewah milik ketua sindiket perjudian dalam talian, Apin BK di Kompleks Cemara Asri di Jalan Palem, Sumatera Utara yang disita pihak berkuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Rumah mewah milik ketua sindiket judi dalam talian terbesar di Utara Sumatera, Apin BK bernilai lebih 30 bilion rupiah (RM9.15 juta) disita pihak berkuasa kelmarin.

Polis Utara Sumatera, AKBP Herwansyah berkata, rumah mewah tersebut disita selepas disyaki dibeli hasil aktiviti pengubahan wang haram melalui perjudian yang dijalankan oleh Apin.

“Aset yang disita ini terletak di Jalan Palem dan sudah tidak berpenghuni lagi selepas markas perjudian di sebuah kafe diserbu baru-baru ini.

“Rumah mewah ini merupakan aset keempat milik Apin yang disita polis dengan jumlah kesemuanya bernilai lebih 145.79 bilion rupiah (RM44.8 juta),” jelasnya.

Beberapa buah bangunan dan tanah milik Apin yang terletak di Kompleks Cemara Asri di daerah Percut Sei Tuan.

Polis Indonesia dilaporkan bekerjasama dengan Polis Malaysia bagi menangkap ketua sindiket perjudian itu.

Apin sebelum itu cuba melarikan diri ke Singapura selepas markas perjudiannya diserbu pihak berkuasa Ogos lalu.

Polis menamakan Apin bersama 15 lagi pekerjanya sebagai suspek kes perjudian dan pengubahan wang haram.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN