BANGKOK: Kisah pertunangan seorang wanita warga emas berusia 56 tahun dengan remaja lelaki 19 tahun mendapat perhatian pelbagai pihak di seluruh Thailand.
Wuthichai Chantaraj bertemu dengan tunangnya yang juga merupakan seorang nenek kepada tiga cucu, Janla Namuangrak, hampir 10 tahun lalu apabila wanita itu berpindah sebelah rumahnya.
Perbualan pertama mereka berlaku ketika Janla meminta Wuthichai yang ketika itu berusia 10 tahun membantunya mengalihkan pasu pokoknya.
Sejak itu, Wuthichai sering datang ke rumah warga emas itu untuk membantunya melakukan kerja rumah.
Ketika berusia 17 tahun, Wuthichai mula menaruh hati pada Janla dan mereka mulakan hubungan cinta.
Pasangan kekasih itu juga memaklumkan kepada keluarga masing-masing mengenai hubungan mereka sehingga mendapat liputan meluas di negara ini.
“Wuthichai umpama hero kepada saya kerana dia akan tolong saya setiap hari dan saya tidak sangka dia akan jatuh cinta dengan saya.
“Ramai yang beranggapan ini semua kerja gila, namun kami benar-benar sayang antara satu sama lain dan akan berkahwin tidak lama lagi,” kata Janla.
Sejak mengumumkan hubungan mereka kepada awam, Wuthichai dan Janla sering bertemu janji di bandar seperti pasangan kekasih yang lain.
Mereka tidak nafikan banyak mata memandang, namun pasangan itu tidak kisah.
Sementara itu, ada juga pihak yang beranggapan remaja itu sebenarnya hanya berminat dengan harta yang dimilki Janla sebelum mengetahui warga emas tersebut bukanlah orang berada.