Rayuan bapa rogol empat anak perempuan ditolak

Rayuan kurangkan hukuman bapa rogol empat anak perempuan ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan republik ini menolak rayuan hukuman oleh seorang lelaki yang mencabul kehormatan empat anak perempuannya selama 14 tahun.

Lelaki berusia 45 tahun yang tidak boleh didedahkan namanya disebabkan perintah mahkamah untuk melindungi identiti anak perempuannya, dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan dua bulan, Mac lalu.

Tertuduh juga dikenakan maksimum 24 sebatan rotan, lapor berita.mediacorp.

Lelaki itu mengaku bersalah atas tujuh dakwaan rogol, serangan seksual melibatkan persetubuhan, mencabul kehormatan dan penganiayaan anak.

Sementara, terdapat 26 dakwaan akan dipertimbangkan.

Lelaki itu merogol dan mencabul kehormatan empat anak perempuannya sejak 2004 hingga 2018 serta tidak memberikan makanan selama lima hari pada 2018 apabila marah dengan mangsa.

Selepas menjatuhkan hukuman itu, hakim menyatakan penderaan tersebut sangat ‘dahsyat’ dan merupakan ‘kes rogol dan serangan seksual paling teruk’ yang pernah diadilinya.

Jumaat lalu, lelaki itu mengemukakan rayuan terhadap hukumannya dan meminta hukuman penjara dikurangkan kepada 30 tahun.

Bercakap menerusi seorang jurubahasa kepada Ketua Hakim Sundaresh Menon dan Hakim Judith Prakash serta Tay Yong Kwang, lelaki itu berkata:

“Saya merayu kepada hakim jika boleh untuk mengurangkan hukuman ini.

“Saya adalah pesalah kali pertama dan bukan pesalah berulang. Oleh itu, saya minta agar hukuman dikurangkan,” rayu tertuduh.

Hakim Justice Menon menegaskan kes itu tidak boleh dilihat sebagai keasalahan kali pertama kerana kesalahan berterusan yang berlaku dalam tempoh sangat panjang.

“Tertuduh boleh berkata dia pesalah kali pertama, namun kesalahannya berlaku sepanjang tempoh 2004 hingga 2015 iaitu dalam jangka yang panjang. Malah, ia berlaku hingga 2018 dan terdapat 33 dakwaan secara keseluruhan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya