Raja Charles III zahir simpati terhadap mangsa Kanjuruhan

Raja Charles III zahir simpati mendalam terhadap mangsa Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Raja Britain, Raja Charles III menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berhubung tragedi di Stadium Kanjuruhan, Malang yang meragut lebih 100 nyawa. 

Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian kesemua mangsa yang turut melibatkan 32 kanak-kanak dan menzahirkan harapan agar seluruh warga Indonesia tabah menghadapi ujian itu.

“Beta dan isteri sangat sedih mendengar kematian dan kecederaan yang dialami penonton semasa perlawanan bola sepak 1 Oktober lalu. 

“Beta menyampaikan ucapan belasungkawa mendalam kepada anda dan keluarga yang menjadi mangsa tragedi,” katanya lapor Kompas.com.   

Ucapan tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram rasmi Charles buat Jokowi dan seluruh rakyat Indonesia. 

Insiden yang berlaku malam Sabtu lalu turut menyebabkan 21 penonton mengalami kecederaan parah dan 304 orang mengalami kecederaan ringan. 

Kebanyakan mangsa maut akibat dipijak dan sesak nafas sehingga mati selepas suasana bertukar panik akibat polis melepaskan gas pemedih mata.  

Insiden Kanjuruhan direkodkan sebagai tragedi kedua yang mengorbankan paling ramai nyawa penonton dalam sejarah bola sepak dunia. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.