Putin perlu korbankan 20 juta tentera untuk menang di Ukraine - bekas Duta Russia - Utusan Malaysia

Putin perlu korbankan 20 juta tentera untuk menang di Ukraine – bekas Duta Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mungkin perlu ‘mengorbankan’ 20 juta tentera untuk memenangi peperangan yang berlaku di Ukraine dan memastikan kedudukan politiknya terus kukuh.

Perkara itu disampaikan oleh bekas Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Boris Nondarev kepada Sky News.

Bondarev sebelum ini meletak jawatan selepas Russia melancarkan perang terhadap Ukraine.

Beliau memaklumkan, era Putin ‘sudah berakhir’ dan pemimpin itu perlu berdepan dengan realiti.

“Pada mulanya, saya fikir Putin sangat berkuasa dalam tempoh 20 tahun ini, namun sebenarnya beliau hanya bernasib baik dan kini, nasib baiknya itu sudah pun berakhir.

“Untuk memenangi perang di Ukraine, Putin mungkin perlu mengorbankan 20 juta tentera dan adakah perkara itu wajar dilakukan?,” Soalnya.

Selain itu, Bondarev juga memaklumkan, sokongan dalaman buat Putin semakin lama semakin luntur dan tidak mustahil jika kedudukannya akan digulingkan suatu hari.

“Putin seorang yang berpegang kepada prinsip dan untuk mencapai perkara itu, beliau akan melakukan apa sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN