Polis Iran bertempur dengan pelajar, lepaskan tembakan

Polis Iran bertempur dengan pelajar, lepaskan tembakan

MEDIA Iran melaporkan sejumlah pelajar terperangkap di kampus Universiti Sharif berikutan pertempuran yang berlaku. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pasukan polis Iran bertempur dengan golongan pelajar dalam siri tunjuk perasaan baharu yang tercetus di negara ini susulan kematian seorang wanita yang didakwa dipukul polis ketika dalam tahanan.

Media tempatan melaporkan, sekumpulan pelajar di Universiti Sharif di sini terperangkap di bahagian tempat letak kenderaan kampus susulan pertempuran tersebut.

Sejumlah video turut menunjukkan pelajar melarikan diri daripada pasukan keselamatan, selain kedengaran bunyi tembakan dilepaskan.

Protes antikerajaan bermula di Iran sejak September lalu berikutan kematian Mahsa Amini.

Polis didakwa memukul Mahsa menggunakan baton dan menghantukkan kepalanya ke kenderaan polis selepas wanita itu dikatakan tidak ‘memakai tudung dengan sempurna’.

Media antarabangsa pula melaporkan pasukan keselamatan Iran menyerbu bilik asrama pelajar dan melepaskan tembakan, malah ada yang mendakwa mereka menggunakan gas pemedih mata terhadap pelajar yang merusuh.

Kelmarin merupakan hari pertama penggal pengajian bermula di universiti berkenaan, menyaksikan kehadiran para pelajar dari seluruh negara.

Pertubuhan bukan kerajaan Iran Human Rights yang berpangkalan di Norway memaklumkan, sekurang-kurangnya 133 orang terbunuh di seluruh Iran dalam siri protes yang berlaku sejak bulan lalu.

Pihak berkuasa Iran sebelum ini berikrar untuk menangani situasi tegang yang berlaku, namun keadaan masih belum reda, bahkan menjadi semakin kritikal.

Terdahulu, pasukan keselamatan negara ini didakwa melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di wilayah Sistan dan Balochistan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya