Penduduk tidak jadi pertahan tanah selepas harga jualan hampir cecah RM3 juta

Penduduk tidak jadi pertahan tanah selepas harga jualan hampir cecah RM3 juta

SEBAHAGIAN daripada penduduk kampung yang menandatangani borang persetujuan menjual tanah mereka di Wadas, Purworejo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki menjadi ‘jutawan segera’ selepas menerima bayaran jualan tanah miliknya di daerah Bener berjumlah hampir 9 bilion rupiah (RM2.7 juta) baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, lelaki berkenaan merupakan seorang daripada penduduk di kampung Wadas, Purworejo yang menjual tanah mereka untuk dijadikan kawasan kuari.

Lelaki yang dikenali sebagai Zuhri berkata, sebelum itu dia pernah menolak permintaan untuk menjual tanahnya itu.

Tetapi Zuhri yang berusia 58 tahun, kemudian mengubah fikirannya selepas melihat tawaran pampasan lumayan yang diberikan.

“Dulu saya pernah menentang pembinaan kuari itu malah turut serta dalam demonstrasi yang diadakan oleh penduduk Wadas.

“Tetapi sekarang saya sudah setuju. Rancangan saya jika sudah menerima wang pampasan itu saya akan gunakan membeli tanah lagi di tempat lain.

Tidak hanya Zuhri, seorang lagi penduduk kampung Wadas, Wilayah, 45, turut merancang menunaikan haji selepas menerima wang pampasan penjualan tanahnya di lokasi sama.

“Saya sanggup berpindah demi memudahkan urusan untuk mendaftar haji biar cepat dapat berangkat ke tanah suci.

Waliyah turut menentang keras pembinaan kuari tersebut pada awalnya, tetapi ‘terliur’ melihat wang yang diterima penduduk lain menyebabkan dia menukar fikiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN