Pencuri separuh bogel takutkan penduduk Thailand, jadi buruan polis - Utusan Malaysia

Pencuri separuh bogel takutkan penduduk Thailand, jadi buruan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang pencuri yang sering melakukan kegiatannya secara berbogel kini menjadi buruan polis selepas memecah masuk lapan kediaman dan cuba merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Aek Danairit iaitu pemilik sebuah rumah di daerah Huay Thap di wilayah Sisaket membuat laporan polis selepas seorang lelaki separuh bogel yang hanya mengenakan baju memasuki rumahnya pada pukul 2 pagi pada 21 Oktober lalu.

Aek memberitahu, dia terdengar bunyi pelik di luar rumahnya dan keluar untuk memeriksa sebelum meneliti kamera litar tertutup.

Menerusi kamera itu, Aek mendapati seorang lelaki separuh bogel berkeliaran di luar rumahnya dan pencuri itu dipercayai berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Aek memberitahu polis, suspek hanya memakai baju tanpa mengenakan seluar atau kasut.

Selain itu, dia juga berkongsi rakaman kamera itu di dalam media sosial sebagai amaran kepada orang ramai.

Sejumlah rumah lain di kawasan sama turut menjadi sasaran suspek.

Satu keluarga mendakwa anak perempuan mereka hampir dirogol suspek sebelum mangsa menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

Antara barangan yang dicuri suspek termasuk barangan elektronik dan wang tunai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.