Pencinta haiwan di China 'gila' bela ayam rutin - Utusan Malaysia

Pencinta haiwan di China ‘gila’ bela ayam rutin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Spesies ayam hibrid yang dikenali sebagai ayam rutin kini menjadi kegilaan dalam kalangan pencinta haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Ayam hibrid domestik itu malah disifatkan sebagai ‘ayam terkecil di dunia’, iaitu hanya sebesar penumbuk manusia dan seberat 50 gram.

Golongan pencinta haiwan di China ketika ini berlumba-lumba mendapatkan ayam tersebut dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Malah, mereka juga menyediakan ‘reban istimewa’ untuk ayam tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai bahan termasuk lampu, tumbuhan, tangga dan juga ‘rumah tidur’.

Ayam tersebut mendapat nama daripada vitamin P, iaitu flavonoid yang terdapat dalam buah-buahan sitrus serta beberapa tumbuhan.

Ayam itu juga merupakan haiwan yang produktif, iaitu mampu bertelur 300 hari dalam tempoh setahun.

Biasanya, telur yang dihasilkan lebih kecil berbanding telur burung puyuh.

Biarpun boleh dipelihara dalam rumah kondominium memandangkan saiznya yang kecil, ayam rutin sebenarnya memerlukan lebih banyak penyelenggaraan berbanding anjing dan kucing.

Selain itu, haiwan berkenaan juga memerlukan suhu yang bersesuaian agar tidak terlalu sejuk dan juga panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya