Pelurus rambut tingkat risiko kanser rahim - Utusan Malaysia

Pelurus rambut tingkat risiko kanser rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kajian terbaharu institut kesihatan mendapati wanita yang kerap menggunakan produk meluruskan rambut berisiko tinggi menghidap penyakit kanser rahim.

Menurut kajian awam yang diterbitkan dalam laporan jurnal Institut Kanser Negara, para penyelidik mengesan beberapa bahan kimia dalam pelurus rambut seperti paraben, bisphenol A, logam dan formaldehyde yang mungkin menyumbang kepada peningkatan risiko kanser rahim.

Pendedahan terhadap bahan kimia daripada produk pelurus rambut juga lebih membimbangkan  kerana penyerapan melalui kulit kepala mungkin diburukkan lagi oleh luka terbakar daripada oleh alat pelurus rambut.

Menurut ketua kajian Axelandra White dari Institut Keselamatan Kesihatan Persekitaran (NIEHS) Kebangsaan Amerika Syarikat (AS),  pihaknya menganggarkan 1.64 peratus wanita yang tidak pernah menggunakan produk pelurus rambut akan menghidap kanser rahim pada usia 70 tahun.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang kerap menggunakan produk pelurus rambut, risiko itu meningkat sehingga 4.05 peratus.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, kanser rahim adalah barah ginekologi yang paling biasa di negara itu dengan kadarnya meningkat, terutamanya dalam kalangan wanita kulit hitam.

Kajian terdahulu menunjukkan pelurus rambut mengandungi bahan kimia yang mengganggu endokrin penemuan terbaru ini adalah bukti epidemiologi pertama perkaitan antara penggunaan produk pelurus rambut dan kanser rahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.