Pekerja sindrom down dipecat selepas 20 tahun berkhidmat - Utusan Malaysia

Pekerja sindrom down dipecat selepas 20 tahun berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORTH CAROLINA: Bagai kacang lupakan kulit, seorang pekerja sindrom down di francais makanan segera terkenal dipecat hanya selepas dua dekad berkhidmat atas alasan tidak mampu melakukan tugas individu normal.

Dennis Peek, 51, yang merupakan kakitangan setia di kedai makanan segera Wendy’s di Gaston County selama 20 tahun merancang untuk bersara tidak lama lagi namun diberhentikan tanpa notis minggu lalu.

Menurut portal DailyMail, pengurus restoran tersebut memberi alasan memerlukan kakitangan baharu untuk melakukan lebih banyak tugas di sekitar kedai yang tidak mampu diselesaikan oleh Peek.

Kakak Peek, Cona Turner yang tidak berpuas hati dengan layanan buruk itu meluahkan kekecewaanya di laman Facebook sehingga tular dan mendapat perhatian ramai.

“Saya di sini kerana saya perlu mewakilinya dan menyuarakan bagaimana cara dia dilayan. Dia tidak faham dan kami tidak boleh memberitahunya kerana bimbang dia tidak dapat menerimanya,” jelas Turner.

Carolina Restaurant Group yang memiliki restoran tersebut kemudian mengeluarkan kenyataan dan berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang mesra dan inklusif untuk pekerja dan pelanggan kami. Ini adalah kesilapan yang malang dan tiada dalam protokol.

“Kami berhubung dengan keluarga pekerja, dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukannya kembali bekerja di restoran,” jelas kenyataan itu.

Turner pada Jumaat lalu bagaimanapun memberitahu adiknya tidak akan kembali bekerja dan pihak pengurusan restoran berkenaan bersetuju menaja majlis persaraan untuk Peek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.