Paksa jual anak perempuan untuk bayar hutang - Utusan Malaysia

Paksa jual anak perempuan untuk bayar hutang

KES melibatkan penduduk yang dipaksa oleh pemimpin masyarakat untuk menjual anak mereka dilaporkan di utara India baru-baru ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Badan perlindungan hak asasi manusia melaporkan, ramai gadis-gadis muda di negeri Rajasthan di utara India menjadi mangsa kekejaman kumpulan pemimpin masyarakat yang mengarahkan mereka dijual sebagai bayaran balik kepada pinjaman kewangan ibu bapa mereka. 

Menurut portal berita The Guardian, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan dilaporkan turut mengeluarkan notis kepada kerajaan negeri yang menuntut siasatan polis dan jawapan dalam masa sebulan terhadap perbuatan yang disifatkan sebagai ‘amalan keji’ itu.

Menurut laporan media tempatan, di sesetengah daerah sekitar Bhilwara, jika sebuah keluarga tidak dapat membayar balik pinjaman wang, pemiutang yang kebiasaannya adalah penduduk setempat atau jiran tetangga akan mengadu kepada kumpulan pemimpin masyarakat dipanggil ‘panchayat kasta’ atau majlis kasta di kawasan berkenaan.

Majlis tersebut kemudian bertindak mengarahkan keluarga peminjam untuk menyerahkan anak perempuan mereka dan kadang kala lebih daripada seorang bergantung kepada jumlah pinjaman sebagai ganti bayaran balik kepada pemiutang.

Selepas itu pemiutang tersebut akan menjual anak-anak itu kepada kumpulan sindiket untuk mendapatkan kembali wangnya.

Dalam notisnya, suruhanjaya itu memberitahu, jika keluarga itu enggan menjual anak perempuan mereka, ibu mereka pula yang akan dikenakan perintah rogol oleh panchayat kasta ini sebagai penyelesaian terhadap hutang tersebut.

Antara kes yang diketengahkan oleh suruhanjaya itu termasuk seorang lelaki yang meminjam 1.5 juta rupee (RM8,5492) daripada jirannya dan kemudian dipaksa oleh panchayat kasta untuk menjual kakaknya serta anak perempuannya berusia 12 tahun bagi menjelaskan hutang tersebut.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki meminjam 600,000 rupee (RM34,197) apabila isterinya jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital namun kumpulan pemimpin tersebut memaksanya menyerahkan anak perempuannya kepada pemiutang selepas dia gagal membayar balik wang berkenaan.

Pemiutang berkenaan kemudian menjual anak perempuan itu kepada sindiket pemerdagangan manusia di Agra menyebabkan gadis malang itu hamil sehingga empat kali akibat dirogol.

“Suruhanjaya telah menghantar seorang pegawai ke Rajasthan untuk menyiasat kes tersebut. Jenayah ini adalah yang pertama seumpamanya dan kami akan pastikan mangsa mendapat keadilan dan yang bersalah dihukum,” kata wakil badan hak asasi manusia daerah Bhilwara, Ashish Modi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.