Mahu berjimat, rakyat UK potong kayu sendiri untuk hangatkan rumah

Mahu berjimat, rakyat UK potong kayu sendiri untuk hangatkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Krisis tenaga yang melanda benua Eropah menyebabkan rakyat Britain mula meneroka alternatif baharu untuk menghasilkan haba serta mencari kos lebih murah berbanding gas untuk memanaskan rumah mereka.

Ini susulan badan pemantau United Kingdom (UK), Ofgem memaklumkan bil tenaga mengalami peningkatan harga sebanyak 3,549 pound (RM16,400) bermula semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri Britain, Liz Truss memberi jaminan harga tenaga kepada purata 2,500 pound (RM11,590) bagi tempoh dua tahun akan datang.

Perkembangan itu menyaksikan jualan kayu bakar dilaporkan melonjak 40 peratus antara April hingga Jun lalu, dengan rekod jualan lebih 35,000 berbanding 25,000 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Syarikat Toolsation yang mempunyai 500 rangkaian kedai di seluruh UK mengumumkan jualan gergaji meningkat sebanyak satu pertiga dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Jurucakapnya yakin lonjakan permintaan itu disebabkan pelanggan mahu menggunakan alat tersebut untuk memotong kayu dan dijadikan sebagai bahan bakar di rumah.

“Beberapa minggu lalu, jualan alat gergaji meningkat sebanyak satu pertiga.

“Kami yakin peningkatan ini didorong oleh permintaan pengguna yang mahu memotong kayu sebanyak mungkin bagi mengurangkan impak kenaikan bil tenaga,” katanya lapor Daily Mail.

Kesatuan Industri Dapur berkata, trend itu jelas menunjukkan pengguna mengambil tindakan untuk membantu melindungi mereka daripada bil pemanasan di rumah yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, peningkatan permintaan jualan gergaji berisiko mendatangkan bahaya kepada pembeli.

Ini kerana, individu yang menggunakan gergaji di tempat kerja mesti mempunyai latihan dan memakai pakaian pelindung, sedangkan peraturan tersebut tidak terpakai kepada individu di rumah.

Pejabat Keselamatan dan Piawaian Produk Kerajaan berkata, gergaji adalah mesin yang berpotensi bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan maut jika tidak digunakan dengan betul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN