Lancar peluru berpandu, Pyongyang mahu ajak Tokyo berperang?

Lancar peluru berpandu, Pyongyang mahu ajak Tokyo berperang?

UJIAN peluru berpandu balistik antara benua yang dilakukan oleh Korea Utara pada 24 Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana yang melintasi Jepun semalam, sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Kali terakhir Pyongyang melancarkan peluru berpandu ke arah Jepun pada 2017, iaitu ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Donald Trump saling bertikam lidah.

Sumber ketenteraan Korea Selatan memaklumkan, pihaknya mengesan satu peluru berpandu balistik jarak sederhana yang dilancarkan dari Mupyong-ri di wilayah Jagang pada pukul 7.23 pagi waktu tempatan dan melintasi Jepun di bahagian timur.

Menerusi kenyataan, ketenteraan Korea Selatan memaklumkan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bekerjasama rapat dengan AS untuk mengukuhkan pertahanan.

Dalam pada itu, Tokyo turut mengesahkan pelancaran peluru berpandu tersebut oleh Pyongyang.

Insiden itu menyebabkan pihak berkuasa Jepun mengaktifkan sistem amaran peluru berpandu dan mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk.

Pada minggu lalu, Pyongyang melancarkan empat peluru berpandu jarak pendek, beberapa jam selepas Naib Presiden AS, Kamala Harris terbang ke Seoul.

Terdahulu, Korea Selatan, Jepun dan AS melakukan latihan ketenteraan melibatkan sistem antikapal selam.

Latihan itu secara tidak langsung ‘mencetuskan kemarahan’ Pyongyang yang menganggapnya sebagai latihan untuk menceroboh Zon Bebas Tentera (DMZ). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya