Lagi insiden tembakan di AS, lima maut termasuk anggota polis - Utusan Malaysia

Lagi insiden tembakan di AS, lima maut termasuk anggota polis

PASUKAN polis memantau lokasi kejadian di Neuse River Greenway, North Carolina. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh termasuk seorang anggota polis yang tidak bertugas dalam insiden tembakan terbaharu di Raleigh, North Carolina, kelmarin.

Datuk Bandar Raleigh, Mary-Ann Baldwin berkata, tembakan itu berlaku berhampiran Neuse River Greenway yang merupakan kawasan riadah terkenal.

“Insiden itu amat menyedihkan kami semua di Raleigh. Selepas pukul 5 petang, beberapa nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa,” katanya dalam sidang akhbar.

Dalam pada itu, Jabatan Polis Raleigh mengesahkan terdapat sejumlah kematian.

Polis turut memaklumkan, suspek juga sudah ditahan selepas dikepung pihak berkuasa.

Insiden tembakan merupakan satu daripada masalah terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang sehingga kini belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Pada tahun lalu, dianggarkan 49,000 orang terbunuh akibat jenayah tembakan.

Jumlah itu menyaksikan lebih 130 orang maut akibat senjata api setiap hari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.