Konsulat Russia di New York disimbah cat merah - Utusan Malaysia

Konsulat Russia di New York disimbah cat merah

PEJABAT Konsulat Russia di New York yang disimbah cat merah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pejabat Konsulat Russia di New York disimbah dengan cat merah, dalam satu protes membantah keputusan Presiden Vladimir Putin meneruskan pencerobohan di Ukraine.

Menurut pegawai, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada awal pagi yang melaporkan aduan mengenai bahagian luar bangunan konsulat di Upper East Side Manhattan disimbah cat merah.

Jurucakap polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Insiden itu berlaku beberapa jam sebelum Putin mengisytiharkan empat wilayah Ukraine iaitu Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson menjadi sebahagian Russia.

Sementara itu, seorang penduduk tinggal di kawasan kejiranan berhampiran konsulat, Rosie Morse menyifatkan vandalisme itu `kelihatan seperti karya seni’.

“Ia meluahkan perasaan kami mengenai Putin namun saya tidak menyatakan bahawa saya tidak bersetuju,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya