'Kiamat kecil' jika gunung berapi terbesar dunia meletus

‘Kiamat kecil’ jika gunung berapi terbesar dunia meletus

GEMPA bumi yang berlaku di Gunung Berapi Mauna Loa di Hawaii mencetus kebimbangan para saintis. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONOLULU: Gempa bumi berukuran 5.0 skala Richter melanda gunung berapi aktif terbesar dunia yang dikhuatiri boleh mencetus ‘kiamat kecil’ sekiranya meletus, sekali gus menyebabkan kemusnahan mega.

Portal berita Metro melaporkan, gunung berapi Mauna Loa yang meliputi separuh Hawaii, mengalami satu siri gegaran, dengan gempa bumi berukuran 4.6 magnitud direkodkan hanya beberapa saat sebelum gempa yang lebih besar berlaku.

Gegaran susulan yang masih dirasai itu diramal berterusan selama beberapa minggu lagi dan para saintis kini memantau dengan teliti sebarang peningkatan aktiviti di sekitar kawasan gunung berapi tersebut.

Menurut Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii, gegaran akibat gempa bumi yang lebih besar dibimbangi sudah cukup kuat untuk mendatangkan kerosakan terutamanya kepada bangunan lama.

“Kedua-dua gempa bumi yang berlaku dalam tempoh 24 saat itu mewujudkan gegaran susulan dalam tempoh yang lebih lama dan berkemungkinan dengan kekuatan yang lebih besar,” jelasnya.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), jumlah gempa meningkat kepada 40 hingga 50 kali sehari sejak dua minggu lalu berbanding hanya lima hingga 10 aktiviti sehari yang direkodkan dari Jun lalu.

Jumlah tertinggi lebih 100 gempa bumi sehari dicatatkan pada 23 dan 29 September lalu.

Peningkatan aktiviti seismik menyebabkan Taman Negara Gunung Berapi Hawaii menutup sementara kawasan pedalaman puncak Mauna Loa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya