Ketua Polis Malang dipecat, 28 anggota disiasat

Ketua Polis Malang dipecat, 28 anggota disiasat

SUASANA Stadium Kanjuruhan selepas tragedi meragut lebih 100 nyawa di Malang, Jawa Timur.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Ketua Polis Malang, Ferli Hidayat dipecat susulan insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan sehingga mengorbankan 131 orang.

Susulan itu, jawatan tersebut akan digantikan oleh Putu Kholis Aryana yang merupakan Ketua Polis Pelabuhan Tanjung Priuk Metro Jaya sebelum ini.

Lapor Kompas.com, Ferli pula akan ditugaskan sebagai Perwira Menengah Polisi (Pamen) di Jabatan Bidang Sumber Daya Manusia (SSDM) Polis Republik Indonesia.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo menerusi surat yang dikeluarkan Isnin lalu.

“Keputusan ini dibuat oleh Ketua Polis Negara selepas mendapatkan laporan hasil analisis dan penilaian pasukan siasatan khas mengenai tragedi di stadium itu,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Dedi Prasetyo.

Menurut Dedi, Listyo turut mengarahkan Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Nico Afinta melucutkan jawatan sembilan anggota Komander Kompeni Batalion dan Komander Platun Brimbob Jawa Timur.

Dalam perkembangan sama, pihak polis turut menjalankan pemeriksaan terhadap 28 anggotanya yang didakwa melanggar kod etika dalam tragedi Stadium Kanjuruhan.

Insiden yang berlaku malam Sabtu lalu turut menyebabkan 21 penonton mengalami kecederaan parah dan 304 orang mengalami kecederaan ringan.

Kebanyakan mangsa maut akibat dipijak dan sesak nafas sehingga mati selepas suasana bertukar panik akibat polis melepaskan gas pemedih mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya