Kampung di India perkenal 'detoks digital', tutup TV dan telefon selama satu jam

Kampung di India perkenal ‘detoks digital’, tutup TV dan telefon selama satu jam

TEPAT pukul 7 malam setiap hari, semua penduduk di kampung Vadgaon di Maharashtra, India perlu menutup televisyen dan telefon pintar mereka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAHARASHTRA: Sebuah kampung di sini berjaya membawa penduduknya terutama golongan muda keluar dari kepompong ketagihan gajet dan media apabila memperkenalkan solusi unik dipanggil ‘tempoh detoks digital’.

Menurut portal berita BBC, siren akan dibunyikan pada pukul 7 malam setiap malam di kampung Vadgaon di daerah Sangli sebagai petunjuk kepada semua penduduk untuk mematikan televisyen dan telefon pintar mereka.

Kedua-dua alat yang membawa kepada masalah ketagihan zaman moden itu hanya boleh dihidupkan apabila ahli majlis kampung membunyikan siren kedua pada pukul 8.30 malam.

“Kami memutuskan pada mesyuarat jawatankuasa kampung pada 14 Ogos, sehari sebelum Hari Kemerdekaan India bahawa kami perlu menghentikan ketagihan ini.

“Mulai hari berikutnya, semua set televisyen dan telefon pintar ditutup apabila siren berbunyi.” jelas presiden majlis jawatankuasa kampung tersebut, Vijay Mohite.

Kampung Vadgaon mempunyai populasi kira-kira 3,000 orang, sebahagian besarnya terdiri daripada petani dan pekerja kilang gula.

Mohite berkata, kanak-kanak terlalu bergantung kepada televisyen dan telefon pintar ketika menghadiri kelas dalam talian semasa pandemik Covid-19.

Apabila institusi pendidikan dibuka semula tahun ini, kanak-kanak perlu kembali ke kelas seperti biasa di sekolah dan kolej tetapi ketagihan terhadap gajet itu masih berterusan.

“Selepas mereka kembali dari kelas sama ada mereka akan bermain telefon pintar atau duduk dan menonton televisyen.

“Malah ramai orang dewasa juga menghabiskan terlalu banyak masa pada peranti mereka dan tidak bercakap antara satu sama lain menyebabkan saya terfikir untuk berbuat sesuatu bagi mengurangkan ketagihan ini,” jelasnya.

Tetapi tidak mudah bagi majlis kampung untuk mendapatkan semua penduduk kampung bersetuju dengan itu.

Menurut Mohite, pada mulanya apabila majlis membincangkan isu itu dan cadangan telah dibawa kepada penduduk, ramai kaum lelaki tidak bersetuju malah mengejek dan mempersenda idea tersebut.

Majlis tersebut kemudiannya berusaha mengumpulkan kaum wanita yang dilihat lebih terbuka malah ramai mengakui mereka turut berdepan masalah ketagihan menonton terlalu banyak siri drama di televisyen.

Majlis tersebut kemudian mendapat persetujuan daripada kaum-kaum ibu bahawa seluruh kampung harus menutup televisyen dan telefon pintar mereka selama beberapa jam.

Satu lagi mesyuarat majlis jawatankuasa diadakan pada minggu berikutnya sebelum keputusan sepakat dibuat untuk menggunakan siren akan dipasang di dalam kuil kampung tersebut bagi melaksanakan rancangan berkenaan.

Keputusan itu bagaimanapun tidak mudah untuk dilaksanakan pada awalnya apabila kakitangan majlis dan kumpulan penduduk kampung terpaksa membuat rondaan bagi menggesa orang ramai untuk mematikan TV dan telefon mereka selepas siren dibunyikan.

“Sekarang, keputusan itu akhirnya telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh kampung,” kata Mohite.

KUKUHKAN KEKELUARGAAN

Dalam pada itu, Profesor psikologi klinikal Institut Kesihatan Mental dan Neurosains Kebangsaan (Nimhans), Dr. Manoj Kumar Sharma berkata, usaha berkenaan amat penting untuk mengukuhkan institusi sesebuah keluarga.

Sharma berkata, usaha itu merupakan idea bernas bagi mengukuhkan institusi sesebuah keluarga.

“Usaha secara sedar untuk ‘berpuasa’ sebentar daripada alam maya ini perlu dilakukan oleh setiap keluarga bagi mengurangkan masalah kebergantungan kepada aktiviti secara online.

“Anda perlu bercakap dengan anak-anak anda dan memastikan mereka mempunyai aktiviti riadah fizikal luar talian selain tidur dan pengambilan makanan yang mencukupi,” katanya.

Seorang peladang tebu, Dilip Mohite berkata, dia dapat melihat perbezaan ketara pada tiga anak lelaki yang bersekolah selepas tempoh detoks digital diperkenalkan.

“Sekarang, terdapat perbualan biasa di rumah, malah dalam kalangan orang dewasa,”jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya