Indonesia sudah temukan penawar sakit buah pinggang akut - Utusan Malaysia

Indonesia sudah temukan penawar sakit buah pinggang akut

INDONESIA menempah ubatan itu dari Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan, penawar bagi gejala kecederaan buah pinggang akut (AKI) yang dialami sejumlah kanak-kanak di negara ini sudah ditemukan.

Ubatan itu dikenali sebagai antidotum fomepizole.

Kementerian memberitahu, pihaknya akan segera menempah ubatan itu untuk digunakan bagi merawat kanak-kanak yang terjejas akibat AKI.

Ketua Kesihatan Jakarta, Widyastuti menzahirkan rasa lega dengan makluman tersebut.

Katanya, golongan ibu bapa kini boleh berasa tenang memandangkan penyakit misteri itu boleh dirawat.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana menemukan penawar tersebut.

“Kami juga akan membantu kementerian mempercepatkan usaha bagi mendapatkan ubatan tersebut agar kes ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Berdasarkan data kementerian, sebanyak 110 daripada 11 pesakit AKI memakan ubat sirap yang dipercayai dicemari dengan bahan kimia berlebihan dapat dipulihkan dengan mengambil fomepizole.

Kementerian memutuskan untuk menjadikan ubatan tersebut sebagai penawar selepas melakukan ujian terhadap sejumlah pesakit AKI yang dirawat di hospital.

“Kami simpulkan ubat ini memberi kesan positif kepada pesakit AKI dan kita berharap ia dapat dihantar dengan segera ke Indonesia,” kata Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin.

Indonesia bakal menempah ubatan tersebut dai Singapura, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Kemudian, ubatan itu akan diedarkan di sejumlah rumah sakit yang menempatkan pesakit AKI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN