Indonesia negara paling dermawan di dunia pada 2022 - Utusan Malaysia

Indonesia negara paling dermawan di dunia pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menjadi negara paling dermawan di dunia pada tahun ini.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan data yang dikumpul dalam World Giving Index (WGI) 2022 dan dikeluarkan oleh badan amal Charities Aid Foundation (CAF).

Indonesia berada di tempat pertama dengan skor 68 peratus.

Meskipun skor tersebut lebih rendah tiga peratus berbanding tahun lalu, Indonesia masih mampu mengekalkan kedudukan pertama sebagai negara paling dermawan buat tahun ini.

Ketua Badan Pelaksana Public Interest Reserach and Advocacy Center (PIRAC), Hamid Abidin mengakui bangga dengan prestasi Indonesia sehingga dinobatkan dengan gelaran tersebut.

“Hal itu secara tidak langsung menunjukkan betapa kuatnya tradisi menyumbang dalam kalangan masyarakat kita.

“Ini semua berjat dari ajaran agama dan tradisi tempatan yang sudah dipraktikkan sejak sekian lama,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Pencapaian itu juga menjadikan Indonesia sebagai negara paling dermawan di dunia buat lima tahun berturut-turut.

Menurut lapran WGI, Indonesia berada dua peringkat teratas dari tiga kategori yang menjadi penilaian WGI, iaitu menderma duit, menyumbang pada orang asing yang tidak dikenali dan penglibatan dalam kegiatan sukarelawan yang tinggi.

Hasil penelitian CAF pula, sebanyak 84 peratus orang Indonesia menderma duit pada tahun lalu, lebih tinggi berbanding negara lain di seluruh dunia.

Peratus rakyat negara ini terlibat dalam kegiatan sukarelawan juga tinggi, iaitu mencapai 63 peratus atau tiga kali ganda lebih besar berbanding angka global iaitu 23 peratus.

Dalam pada itu, peratus rakyat Indonesia menderma kepada warga asing berjumlah 58 peratus, sedikit rendah berbanding purata global iaitu 62 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN