Indonesia bayar pampasan RM15,195 kepada keluarga mangsa Stadium Kanjuruhan - Utusan Malaysia

Indonesia bayar pampasan RM15,195 kepada keluarga mangsa Stadium Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan memberi pampasan sebanyak 50 juta rupiah (RM15,195) kepada sekurang-kurangnya 125 keluarga mangsa yang maut dalam rempuhan stadium bola sepak pada malam Sabtu lalu.

Pejabat Presiden Joko Widodo (Jokowi) bercadang memberikan pampasan itu dalam tempoh terdekat.

Kematian akibat rempuhan di Stadium Kanjuruhan di daerah Malang meningkat kepada 125 mangsa serta ratusan lain cedera susulan tembakan gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak polis.

Tindakan itu menyebabkan penyokong yang hadir panik dan berasak-asak untuk keluar dari stadium.

Terdahulu, penyokong pasukan bola sepak Arema FC tidak berpuas hati selepas pasukan itu tewas kepada Persebaya Surabaya 3-2.

Sementara itu, kerajaan Indonesia menggesa polis mengenal pasti dan menghukum individu yang bertanggungjawab ke atas insiden rempuhan di stadium hingga mengorbankan 125 nyawa, manakala 323 orang lagi cedera.

Ketua Menteri Keselamatan, Mahfud MD dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengarahkan polis mencari pelaku yang melakukan jenayah itu dalam insiden berkenaan.

“Kami meminta mereka mendedahkan siapa yang melakukan jenayah itu dan tindakan mesti diambil terhadap mereka dan kami juga berharap Polis Negara akan menilai prosedur keselamatan mereka,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.