Imran Khan bersalah tuduhan rasuah - Utusan Malaysia

Imran Khan bersalah tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Suruhanjaya pilihan raya Pakistan dalam keputusan sebulat suara mendapati bekas Perdana Menteri, Imran Khan bersalah atas tuduhan rasuah.

Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) pimpinan Imran bagaimanapun menolak keputusan tersebut dan mengesahkan akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Islamabad.

Kes terhadap Imran difailkan pada Ogos lalu oleh ahli Liga Muslim Pakistan Nawaz (PMLN) selepas bekas perdana menteri itu didakwa membeli hadiah yang diberikan oleh pembesar asing daripada depositori hadiah negara yang dipanggil Toshakhana.

Pemimpin PTI, Fawad Chaudhry menggelar keputusan suruhanjaya itu sebagai amat memalukan dan tamparan hebat kepada rakyat Pakistan.

“Keputusan ini bukan serangan ke atas Imran sahaja. Ia adalah serangan terhadap perlembagaan Pakistan dan rakyatnya,” katanya.

Imran yang dipecat daripada jawatannya April lalu melalui undi tidak percaya Parlimen, menuduh suruhanjaya itu bersikap berat sebelah, dan menyifatkan  Ketua suruhan jaya itu, Sikandar Sultan Raja  berprasangka buruk terhadap beliau dan partinya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya