Hubungan PM Britain dengan Raja Charles tidak baik?

Hubungan PM Britain dengan Raja Charles tidak baik?

RAJA Charles berjabat tangan dengan Liz Truss dalam satu pertemuan di Istana Buckingham, London, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Raja Charles III tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) selepas dihalang oleh Perdana Menteri Britain, Liz Truss.

Lapor Sunday Times yang memetik sumber diraja, Charles jelas kecewa dengan keputusan tersebut selepas raja baharu Britain itu diketahui sudah membuat persiapan dan berkempen mengenai isu berkenaan sejak berdekad lalu.

Menurut sumber itu lagi, campur tangan perdana menteri baharu Britain itu dikhuatiri bakal mencetuskan ketegangan antara mereka.

“Mendiang Ratu Elizabeth memberikan ucapan penuh di sidang kemuncak tersebut tahun lalu namun Charles tidak mendapat peluang sama.

“Keputusan itu dilihat sebagai satu percaturan yang salah oleh pihak kerajaan.

“Amat mengecewakan apabila ada pihak yang tidak mempercayai kemampuannya,” jelas sumber itu.

Sidang kemuncak antarabangsa berkenaan bakal diadakan di Sharm el-Sheikh di Mesir bermula 6 November hingga 18 November ini.

Sidang kemuncak berkenaan sebelum ini dikatakan bakal menjadi lawatan luar negara pertama Charles sebagai Raja Britain.

Bagaimanapun Truss dilaporkan menyatakan kebimbangannya mengenai rancangan tersebut dalam pertemuan di Istana Buckingham bulan lalu.

Walaupun tidak menghadiri persidangan berkenaan namun Charles difahamkan masih ingin menyampaikan mesej tentang isu perubahan iklim yang kemungkinan akan disampaikan melalui rakaman video.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya