Hampir sejuta penduduk Britain batal langganan perkhidmatan penstriman - Utusan Malaysia

Hampir sejuta penduduk Britain batal langganan perkhidmatan penstriman

PENDUDUK Britain membatalkan langganan perkhidmatan penstriman video untuk membayar bil elektrik dan bahan keperluan. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu laporan mendedahkan hampir sejuta penduduk Britain membatalkan langganan perkhidmatan penstriman video tahun ini ekoran krisis kos sara hidup.

Menurut portal Daily Mail, firma analisis Kantar melaporkan, bilangan rumah di United Kingdom (UK) yang mempunyai sekurang-kurangnya satu langganan video berbayar menurun sebanyak 937,000 bagi tempoh antara Januari dan September.

Malah, pada suku terakhir tahun ini, seramai 234,000 isi rumah di UK membatalkan langganan penstriman video berbayar mereka.

Penduduk terpaksa membatalkan langganan perkhidmatan penstriman Netflix, Amazon Prime Video dan Disney + untuk membayar bil elektrik, makanan dan pinjaman gadai janji.

Orang ramai juga dikatakan sudah merasa `keletihan kandungan’ dengan jumlah kandungan baharu yang disediakan oleh perkhidmatan penstriman.

Pengarah global Kantar Worldpanel, Dominic Sunnebo mengesahkan sejuta isi rumah sudah berhenti melanggan perkhidmatan penstriman.

Katanya, ramai penduduk berbuat demikian memandangkan terdapat keperluan untuk menjimatkan wang.  

“Apa yang kita saksikan sejak beberapa minggu lalu dan impak ke atas kewangan rakyat menunjukkan kemungkinan terdapat lebih banyak tekanan ke bawah pada suku akhir tahun,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN