Gelombang haba: Tempat tinggal manusia semakin 'pupus'

Gelombang haba: Tempat tinggal manusia semakin ‘pupus’

PENDUDUK berjalan di atas di kolam yang kering akibat gelombang haba di kampung Bandai, wilayah Pali, Rajasthan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Gelombang haba yang lebih ekstrem bakal melanda beberapa rantau tertentu di dunia dalam tempoh beberapa dekad akan datang, sehingga boleh mengakibatkan banyak kawasan atau wilayah tidak boleh lagi dihuni manusia.

Perkara itu ditegaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Palang Merah dalam satu laporan dikeluarkan semalam.

Menurut organisasi itu, gelombang haba diramalkan akan ‘melebihi had fisiologi dan sosial manusia’ di wilayah Sahel, Afrika dan bahagian selatan dan barat daya Asia,

Malah, organisasi itu memberi amaran kesan kejadian ekstrem itu bakal mencetuskan ‘penderitaan dan kehilangan nyawa yang besar’ serta pergerakan penduduk dan ketidaksamaan.

Jelas laporan itu, gelombang haba yang melanda negara seperti Somalia dan Pakistan pada tahun ini memberi bayangan masa depan yang dahsyat, dengan bantuan kemanusiaan lebih kerap dan sengit berkaitan cuaca panas.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) dan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) mengeluarkan laporan itu menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) yang akan diadakan di Mesir bulan depan.

“Kami tidak mahu membesar-besarkan perkara itu namun data jelas menunjukkan ia menjurus ke arah masa depan yang suram,” kata Setiausaha Agung IFRC, Jagan Chapagain.

Menurut laporan itu, tindakan agresif perlu diambil segera untuk mengelakkan bencana haba yang berpotensi berulang, dengan menyenaraikan langkah yang boleh mengurangkan kesan terburuk fenomena haba melampau.

“Terdapat had jelas yang mana orang ramai terdedah kepada cuaca panas melampau sehingga tidak mampu bertahan.

“Kemungkinan juga terdapat tahap kepanasan terik yang mana masyarakat akan berasa hampir mustahil menyampaikan penyesuaian berkesan untuk semua,” jelas laporan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.