Elon Musk kini pemilik rasmi Twitter, rancang kurangkan pekerja

Elon Musk kini pemilik rasmi Twitter, rancang kurangkan pekerja

ELON Musk selesai mengambil alih Twitter pada nilai AS$44 bilion. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Hartawan dan pemilik syarikat Tesla, Elon Musk akhirnya membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion (RM207.6 bilion).

Beberapa media melaporkan, langkah itu dilakukan dengan pemecatan ketua pegawai eksekutif (CEO), ketua pegawai kewangan (CFO) dan ketua hal Ehwal undang-undang serta dasar Twitter yang berkuat kuasa serta-merta.

CEO Twitter, Parag Agrawal dan CFO Ned Segal serta Vijaya Gadde tidak lagi bersama syarikat media sosial tersebut, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Musk memaklumkan, pemecatan tersebut dilakukan kerana barisan eksekutif tertinggi Twitter mengelirukan beliau dan para pelabur berhubung jumlah akaun palsu di platform media sosial berkenaan.

Agrawal dan Segal dilaporkan berada di ibu pejabat Twitter di San Francisco ketika perjanjian itu dimeterai dan mereka juga diiring keluar dari pejabat masing-masing.

Laman web Bursa Saham New York memaklumkan, saham Twitter akan digantung daripada dagangan.

Dalam pada itu, Musk memberitahu, beliau memberi Twitter untuk membantu masyarakat dunia dan mahu ;tamadun manusia mempunyai ruang digital yang sama’.

Pada awal minggu ini, Musk menghantar ciapan video menunjukkan beliau berjalan ke ibu pejabat Twitter di San Francisco sambil membawa sinki dapur dengan kapsyen ‘Let that sink in!’.

beliau juga menukar profil Twitternya kepada ‘Chief Twit’.

Selain itu Musk sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membanteras bot spam di twitter, menghasilkan algoritma yang membolehkan pengguna secara terbuka menentukan isi kandungan dan menghalang platform itu daripada menjadi ruang jenayah kebencian.

Musk turut merancang mengurangkan jumlah pekerja, menyebabkan 7,500 petugas Twitter bimbang mengenai masa depan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN