Doktor keluarkan 23 kanta lekap 'melekat' dalam mata warga emas - Utusan Malaysia

Doktor keluarkan 23 kanta lekap ‘melekat’ dalam mata warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang pakar mata mengejutkan ramai pengguna media sosial selepas mengeluarkan 23 kanta lekap dari mata seorang pesakit.

Katerina Kurteeva, doktor mata di Newport Beach, menerusi Instagram berkongsi video menunjukkan dia secara berhat-hati mengeluarkan sejumlah kanta lekap yang lupa dikeluarkan oleh pemakainya selama beberapa bulan, malah mungkin beberapa tahun.

Pesakit itu merupakan seorang wanita warga emas.

Video tersebut menjadi tular, selain mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial mengenai bagaimana wanita warga emas itu boleh terlupa akan kanta lekap yang dipakainya.

Video yang bertajuk ‘Jangan tidur dengan kanta lekap’ itu juga menunjukkan Kurteeva menggunakan sejenis alat khas untuk mengeluarkan puluhan kanta lekap yang ‘terperangkap’ dalam ruang mata wanita terbabit.

Ada di antara kanta lekap tersebut sudah bertukar warna hijau kerana berada terlalu lama dalam ruang mata.

“Kesemua lanta lekap itu saling melekat antara satu sama lain dalam ruang mata wanita warga emas itu.

“Wanita itu sering tertidur sambil mamakai kanta lekap dan lupa untuk menanggalkannya.

“Selepas itu, dia akan pakai kanta lekap baharu setiap hari,” kata doktor tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN