Dilanda masalah kewangan, pemilik ingin jual rumah termahal UK

Dilanda masalah kewangan, pemilik ingin jual rumah termahal UK

RUMAH termahal di United Kingdom ini kembali dijual dalam pasaran hartanah selepas pemiliknya berdepan masalah kewangan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rumah paling mahal di United Kingdom (UK) kembali dalam pasaran baru-baru ini selepas pemiliknya sudah tidak mampu untuk ‘menguruskan perbelanjaan’ kediaman berkenaan.

Kediaman itu dijual kepada seorang jutawan China hampir tiga tahun lalu.

Rumah mewah bagaikan ‘istana peribadi’ yang mempunyai 45 bilik dan terletak di lokasi strategik berhadapan Hyde Park itu sebelum ini dijual dengan harga lebih 205 juta pound (RM1.05 bilion).

Hartanah itu dilaporkan milik Pengasas Evergrande, Hui Ka Yan yang dikatakan sedang dilanda masalah kewangan dan telah menjual beberapa aset miliknya.

Lapor portal The Guardian, lima individu berminat dengan hartanah tujuh tingkat di Knightsbridge itu, antaranya keluarga diraja dari asia barat dan jutawan Amerika Syarikat (AS).

Rumah itu terletak di selatan Kensington Gardens dengan 68 daripada 116 tingkapnya mempunyai pemandangan indah kawasan taman dan hiasan dalamannya dihasilkan oleh pereka terkenal Perancis, Alberto Pinto.

Lokasi itu asalnya merupakan kediaman berasingan empat buah keluarga besar pada tahun 1830-an sebelum ditukar menjadi sebuah rumah mewah yang luas pada tahun 1980-an.

Ejen hartanah itu telah menghantar pelan untuk mengubahsuai rumah berkenaan dengan tambahan ruang dewan,kawasan parkir kenderaan dan ruang tamu sebesar padang bola yang bakal meningkatkan harga jualannya kepada 500 juta pound (RM 2.5 bilion).

Hartanah yang tidak dihuni selama hampir 10 tahun itu sebelum ini pernah diberikan kebenaran untuk diubah suai menjadi 13 buah pangsapuri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN