China mahu jadikan Taiwan seperti Hong Kong

China mahu jadikan Taiwan seperti Hong Kong

XI JINPING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China akan berterusan menentang usaha pemisahan dan campur tangan di Taiwan, menurut Presiden Xi Jinping semasa majlis pembukaan Kongres Parti Komunis, di sini semalam.

Katanya, pendekatan itu secara tidak langsung menunjukkan keazaman dan keupayaan Beijing untuk menjaga kedaulatan negara serta integriti wilayah, termasuk menentang kemerdekaan Taiwan.

Beliau tegaskan, hanya rakyat China yang boleh selesaikan isu Taiwan dan negara ini akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak menggunakan kekerasan.

“Kami akan berpegang pada usaha dan prospek penyatuan semula secara aman, namun tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu,” katanya.

Jinping juga memaklumkan, China sudah mencapai kawalan sepenuhnya terhadap Hong Kong dengan mengubahnya daripada ‘huru-hara’ kepada wilayah yang sistematik.

Beliau menegaskan, Beijing akan memastikan Hong Kong ditadbir oleh patriot yang berwibawa, selain menyifatkan polisi satu negara, dua sistem adalah yang terbaik untuk wilayah separa autonomi tersebut.

Sehubungan itu, Jinping komited bahawa Taiwan juga boleh menjadi seperti Hong Kong jika menerusi kaedah yang sewajarnya, sambil merujuk tiada campur tangan luar seperti negara Barat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya