RIO DE JANEIRO: Pakar meramal risiko permusuhan dan keganasan mungkin tercetus selepas pemilihan anggota Kongres transgender pertama di Brazil yang diketahui mempunyai sejarah machismo dan homofobia.
Dua wanita transgender, Erika Hilton dan Duda Salabert memenangi kerusi di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Brazil, Ahad lalu bagi kawasan Sao Paolo dan Minas Gerais.
Salabert membuang undi dengan memakai jaket kalis peluru, berikutan cadangan daripada polis.
Katanya, beliau menerima lima ancaman bunuh dalam tempoh 30 hari lalu melalui emel dan surat.
“Ada individu mencipta laman web secara eksklusif untuk menerangkan cara mereka mahu membunuh saya,” tulis lelaki berusia 41 tahun itu dalam Twitter, September lalu.
Menurut badan Pemantauan Pembunuhan Trans, Brazil adalah negara paling berbahaya di dunia untuk lelaki transgender tahun lepas, dengan 92 pembunuhan direkodkan.