Bot bawa pelarian Rohingya karam di Bangladesh: 12 orang hilang - Utusan Malaysia

Bot bawa pelarian Rohingya karam di Bangladesh: 12 orang hilang

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Sekurang-kurangnya 12 orang hilang selepas bot yang membawa pelarian Rohingya, karam ketika cuaca buruk di perairan Bangladesh.

Menurut pengawal pantai negara itu, bot pukat tunda nelayan yang membawa pelarian itu berlepas pada waktu subuh dan menuju ke Malaysia sebelum berdepan cuaca buruk di Teluk Bengal.

Jelasnya, ketika ini, dua kapal dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami sudah menyelamatkan 39 orang termasuk 35 pelarian Rohingya dan empat warga Bangladesh,” kata jurucakap pengawal pantai, Leftenan Al Amin.

Sementara itu, Komander stesen pengawal pantai, Ashiq Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 50 orang berada dalam bot tersebut.

Katanya, bot itu mengambil penumpang dari beberapa bandar pantai sebelum berlepas.

“Kira-kira 12 orang dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Bot itu karam berhampiran daerah Cox’s Bazar selatan, lokasi kem yang menempatkan kira-kira sejuta pelarian Rohingya.

Lebih 700,000 warga Rohingya melarikan diri dengan menyeberangi sempadan ke Bangladesh akibat operasi ketenteraan Myanmar sejak Ogos 2017. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya