37 negara serta persidangan di Washington bincang isu perisian tebusan - Utusan Malaysia

37 negara serta persidangan di Washington bincang isu perisian tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House akan menjadi tuan rumah kepada pegawai dari 37 negara dan 13 syarikat global di Washington minggu ini bagi menangani ancaman perisian tebusan atau ransomeware dan jenayah siber lain yang semakin meningkat termasuk penggunaan secara haram mata wang kripto.

Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, pertemuan susulan mesyuarat sulung maya Counter-Ransomware Initiative tahun lepas itu turut menambah tujuh negara lagi dan membawa masuk pelbagai kumpulan pemain sektor swasta buat kali pertama.

White House berharap pertemuan itu akan membolehkan negara-negara yang mengambil bahagian memulakan norma siber yang diiktiraf di seluruh dunia untuk menentang ancaman dan menghukum pelaku yang berniat jahat.

“Para peserta merancang untuk mengeluarkan kenyataan bersama pada akhir mesyuarat pada hari Selasa, termasuk ikrar untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan tekanan ke atas Russia dan negara lain yang mempunyai penyerang perisian tebusan.

“Satu topik utama untuk perbincangan ialah bagaimana untuk menghentikan serangan sedemikian, menentang pergerakan haram mata wang kripto dan membina daya tahan terhadap serangan sedemikian.

“Jadi kurang tentang Russia, lebih banyak tentang bagaimana kita sebagai satu gabungan negara menjadikannya lebih sukar, lebih mahal dan lebih berisiko untuk pelaku menjalankan operasi,” kata pegawai itu.

Serangan perisian tebusan meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan lebih 4,000 serangan dilaporkan di luar AS sejak 18 bulan lalu.

Perisian tebusan berfungsi menyulitkan data mangsa dengan penggodam menawarkan kunci kepada mangsa sebagai balasan kepada pembayaran mata wang kripto yang boleh mencecah berjuta-juta dolar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya