Dicemari bahan kimia beracun, Thailand musnahkan 28,000 ais krim Haagen Dazs - Utusan Malaysia

Dicemari bahan kimia beracun, Thailand musnahkan 28,000 ais krim Haagen Dazs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lebih 28,000 bekas ais krim Haagen-Dazs bernilai 12 juta baht (RM1.4 juta) telah dimusnahkan di Samut Prakan semalam.

Tindakan berkenaan tetap dilakukan walaupun sampel itu didapati tidak mengandungi bahan kimia ethylene oksida yang dikaitkan dengan kanser.

Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) negara itu, Weerachai Nolwachai, berkata, pihaknya mengambil keputusan itu selepas beberapa negara Eropah telah menarik balik ais krim berkenaan dengan tarikh luput antara 16 Mac dan 23 April 2023 yang dikhuatiri tercemar dengan racun perosak.

Dunia dikejutkan dengan penarikan balik antarabangsa ais krim Häagen-Dazs yang telah diedarkan kepada kira-kira 80 negara baru-baru ini.

Ketika  itu, FDA Thailand mengesahkan bahawa tiada satu pun kumpulan produk yang mengandungi bahan tercemar itu diimport ke Thailand.

“Pemeriksaan FDA mendapati bahawa produk yang dinamakan dalam amaran itu tidak diimport ke Thailand. 

“Walau bagaimanapun, Jagota Brothers Trading Co., pengimport tempatan Haagen-Dazs yang dimiliki oleh pengeluar Amerika Syarikat (AS) General Mills, telah menarik balik produk itu dan memusnahkannya.

Pengambilan ais krim yang terjejas tidak menimbulkan risiko kesihatan serta-merta tetapi terdapat peningkatan risiko jika dimakan berterusan dalam kuantiti yang banyak.

Sejak 2020, terdapat kira-kira 3,000 arahan penarikan balik disebabkan ethylene oksida di Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya