26 wilayah di Thailand dilanda banjir, lebih 150,000 penduduk dipindahkan - Utusan Malaysia

26 wilayah di Thailand dilanda banjir, lebih 150,000 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hujan lebat dan limpahan air sungai yang penuh mencetuskan banjir kilat di 26 wilayah, khususnya di timur laut dan bahagian tengah Thailand.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM), lebih 154,000 keluarga di 4,354 kawasan kejiranan dilaporkan terjejas akibat banjir yang berlaku.

Fenomena hujan lebat yang berlaku ketika ini adalah susulan Taufan Noru dan monsun barat daya yang melanda Laut Andaman serta Teluk Thailand.

Hujan lebat berterusan sejak minggu lalu menyaksikan paras air di kebanyakan sungai semakin meningkat, sekali gus menambah risiko banjir.

Selain itu, pelepasan air dari empangan juga mengakibatkan banyak kawasan rendag ditenggelami banjir.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan hujan lebat dan angin kencang melanda Bangkok dan wilayah lain di bahagian utara, timur serta selatan pada semalam dan hari ini.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran dengan lembangan Sungai Chao Phraya dan Pa Sak.

Sementara itu, kerajaan Thailand turut melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi berdepan bencana banjir, termasuk meletakkan guni pasir dan menyediakan pam air di sepanjang tebing sungai serta kawasan rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN