Xi Jinping 'masih hilang', apa sudah jadi di China?

Xi Jinping ‘masih hilang’, apa sudah jadi di China?

PRESIDEN China, Xi Jinping (kanan) bergambar dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev di Samarkand sempena SCO. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: ‘Kehilangan’ Presiden China, Xi Jinping terus menjadi tanda tanya pelbagai pihak ketika ini dan bermacam-macam spekulasi timbul berkaitan situasi tersebut.

Kerajaan China sehingga kini mengambil pendekatan berdiam diri berhubung spekulasi tersebut, menyebabkan tiada pihak mampu mengesahkan sama ada Jinping digulingkan dalam rampasan kuasa atau sebaliknya.

Namun, kumpulan pakar berpendapat, khabar angin itu tidak benar dan bermotifkan spekulasi semata-mata.

Dakwaan menyatakan pemimpin China itu dikenakan tahanan rumah ditolak oleh kumpulan pakar.

Kali terakhir Jinping dilihat adlan ketika tampil dalam sidang kemuncak Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO) di Samarkand, Uzbekistan.

Sidang kemuncak itu turut dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Sehubungan itu, kumpulan pakar berpandangan kemungkinan Jinping menjalani kuarantin Covid-19 memandangkan negara ini mengamalkan polisi sifar koronavirus.

Di bawah polisi tersebut, setiap individu yang masuk ke China dari luar negara perlu menjalani kuarantin.

Selain itu, terdapat laporan yang mendakwa banyak penerbangan antarabangsa dan domestik dibatalkan di China, malah perkhidmatan kereta api dan bas juga dihentikan.

Laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing menunjukkan terdapat sejumlah penerbangan dibatalkan, namun bukan semua seperti yang dilaporkan media tempatan.

Pakar penerbangan China, Aadil Brar memaklumkan, tiada gangguan jadual penerbangan setakat ini, sekali gus menunjukkan kerajaan negara ini ‘berfungsi dengan baik’.

Dakwaan Jinping sudah hilang kawalan dalam kerajaan juga dibantah kumpulan pakar kerana mereka berpendapat, pemimpin itu masih berkuasa seperti biasa.

Hal itu ditunjukkan menerusi dua menteri dikenakan hukuman mati dan empat lagi pegawai dipenjara seumur hidup pada minggu lalu.

Menurut laporan, keenam-enam pegawai itu didakwa cuba ‘memecahbelahkan negara’.

Pakar juga berpandangan, tiada tanda-tanda rampasan kuasa berlaku biarpun pelbagai teori dilaporkan oleh media antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN