Wanita racun rakan sekelas anak sehingga mati kerana lebih pintar - Utusan Malaysia

Wanita racun rakan sekelas anak sehingga mati kerana lebih pintar

MANGSA maut selepas dirawat beberapa hari di hospital kerana terminum racun yang diberikan ibu rakan sekelasnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARAIKAL: Seorang wanita ditahan polis selepas memasukkan bahan tidak dikenal pasti ke dalam minuman seorang daripada rakan sekelas anak perempuannya bagi membalas dendam.

Wanita berusia 42 tahun itu didakwa meracuni kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kerana cemburu budak itu lebih berjaya berbanding anak perempuannya di sekolah.

Kejadian itu berlaku pada minggu lalu selepas raptai acara tahunan di sebuah sekolah di sini.

Ketika pulang ke rumah, mangsa memberitahu ibunya dia berasa tidak sihat selepas minum air yang diberikan oleh pengawal keselamatan sekolah.

Minuman itu diberikan suspek kepada pengawal tersebut untuk diserahkan kepada mangsa.

Mangsa mula muntah menyebabkan ibu bapanya menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke hospital sebelum dibenarkan pulang, namun keadaannya semakin kritikal dan dimasukkan ke hospital sekali lagi.

Dalam pada itu, ibu mangsa memeriksa kamera litar tertutup di sekolah tersebut dan menunjukkan suspek meletakkan sesuatu dalam minuman yang diberikan kepada anaknya.

Selepas ditahan, suspek mengakui kesalahannya dan menyatakan dia mahu anak perempuannya menjadi perhatian di sekolah.

Sementara itu, selepas beberapa hari menerima rawatan, mangsa akhirnya meninggal dunia dan hasil bedah siasat mengesahkan dia diracun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya