Tiga juta rakyat Taiwan dilatih jadi tentera

Tiga juta rakyat Taiwan dilatih jadi tentera

ROBERT TSAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taikun Taiwan bersedia melatih 3.3 juta ‘pahlawan awam’ dan penembak untuk mempertahankan negara ini daripada serangan China. 

Bagi merealisasikan tujuan itu, Robert Tsao sedia melabur satu bilion dolar Taiwan (RM145 juta) menggunakan wangnya sendiri. 

The Guardian melaporkan, Tsao yang merupakan ahli perniagaan dan pengasas United Microelectronics Corp. yang merupakan pembuat mikrocip utama mengemukakan idea itu selepas melihat aktiviti ketenteraan semakin meningkat antara Taiwan dan China. 

Menerusi sidang akhbar Khamis lalu, Tsao, 75, berkata, ancaman parti Komunis China semakin meningkat terhadap Taiwan. 

Sambil memakai jaket kalis peluru dan helmet, beliau menjanjikan dana untuk ‘melatih tiga juta orang dalam tempoh tiga tahun’. 

Jelasnya, pihaknya akan bekerjasama dengan organisasi pertahanan awam pulau itu, Akademi Kuma dengan 60 peratus dana disalurkan bagi melatih tentera ‘pahlawan’ dan 40 peratus melatih 300,000 orang untuk menembak. 

“Jika kita berjaya melawan hasrat China, kita bukan sahaja dapat memastikan keselamatan tanah air ini, tetapi memberikan sumbangan besar kepada dunia dan perkembangan ketamadunan,” jelasnya. 

Akademi Kuma ditubuhkan sejak tahun lalu, selepas keinginan penduduk awam semakin meningkat untuk dilatih dalam perang gerila, pertahanan diri dan kemahiran pertolongan cemas. 

Sebelum ini, Tsao sangat aktif menyokong penyatuan antara Taiwan dan China dan sanggup melepaskan kerakyatan Taiwan sebagai protes terhadap siasatan kerajaan terhadap syarikatnya. 

Bagaiamanapun, dia memberitahu Radio Free Asia, hatinya mula berubah selepas menyaksikan tindakan keras terhadap gerakan demokrasi Hong Kong. 

Tsao turut mengumumkan telah melepaskan kerakyatan Singapura selepas kerakyatan Taiwan diperoleh semula kerana merancang untuk ‘mati di negara ini bersama rakyatnya’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN